azral ramlay

Singgah sebentar di Kota Lama Duyong

Kota Lama Duyung by you.

Salam

Sambung citer semalam. Bukan apa , saja nak share experience. Mana tau kot kot ada yang nak mencuba trail aku yang tak seberapa nak best ni. Ok , oleh kerana sepatutnya berada kat Jetty Pulau Perhentian kul 5 ptg…. tapi tak sempat. Kitorang amik keputusan nak stay memana yang ternampak yang ok. Masa ni still kat Kuala Terengganu. Bila dah tak sempat tu, blur kejap nak pi mana nih. Mula la menjajau tak tau nak pi mana. Tapi still ikut trail ke Jetty Kuala Besut.  On the way tu masa kat pulau Duyong tu, ternampak plak sign board Kota Lama Duyong. Aku ngan Emmy memang suka jalan pi nengok bangunan bangunan lama. Kat Mesia ni memang banyak bangunan bangunan lama yang belum kitorang terjah. Kota Lama Duyong ni setahu aku memang dulu dah hancus ditelan zaman dah. Tinggal rangka bumbung jer yang lain semua dah kene cilok. Then KALAM ( Kajian Alam Lingkungan Melayu ) under UTM buat kajian terperinci dan rebuilt balik dengan info yang ada. Detail bout this leh refer KALAM website. Aku just tau sipi sipi jer sebab group aku dulu buat bangunan lain. So tak sempat nak tau detail tapi just imagine daripada takde, diorang leh rebuilt balik dengan mendapatkan info info , tanya orang kampung , pattern mcm mana, motif mcmana….. sampai jadik berdiri balik bangunan ni. Itu yang kita mahu. Seeloknya bangunan bangunan lama ni di pulihkan nafasnya bukannya memberi nafas baru. Contoh memberi nafas baru ni mcm kaler rumah kedai jadik kaler merah jambu, kaler oren… itu memang aku rasa tak patut la…. Kan bagus kalau kasik kaler original, kalau original kaler putih, biar lah putih. Sama la mcm Bangunan Studhuys kat Melaka tu… Asalnya bukan Merah, tapi putih. Tapi disebabkan dah sinonim dengan masyarakat, so dapatlah dia nama ‘baru’ Red Square’ ….. hmmm…..

Ok lah jom kita tgk gambar2 Kota Lama Duyong ni.

Kota Lama Duyung by you.
Oleh kerana hari ni cuti di terengganu, so tak pek la masuk dalam. Tapi takpe, luar pun dah cukup best utk aku dah…..
Sutra at Kota Lama Duyung by you.
Sutra at Kota Lama Duyung by you.
Sutra at Kota Lama Duyung by you.
Kampung by you.
kampung by you.
Rumah kampung bersebelahan Kota Lama Duyong
budak ganu by you.Sekian cerita yang nak dikongsi bersama kali ini…. kita sambung lain dengan cerita lain nanti insyallah….

No comments yet. Be the first.

Leave a reply

Mexico