Thank you Maya

Berakhir juga riwayat hidup seekor ibu kucing aku yang sangat berkaliber. Maya seekor kucing yang pembersih, menghormati tuannya, suka bermain dan menghiburkan kami sekeluarga. Melahirkan 4 ekor zuriat tapi 4 4 tak panjang umur. Maya sahaja yang aku kagum kerana pembersihnya tu dan mengamalkan gaya hidup sihat, Maya hidup selama lebih kurang 15 tahun. Satu jangkamasa yang agak lama utk seekor kucing. Setelah nazak minggu lepas, dan terbaring tak bermaya, Maya akhirnya menghembuskan nafas terakhir diantara pukul 12tgh malam hingga 530 pagi 25 August. Sebab kematian mungkin selsema kucing ataupun memang dah sampai masa, sakit tua…. Semua ahli keluarga sempat berjumpa Maya sebelum dia meninggalkan kami. Maya selamat dikebumikan di hadapan rumah dan harini kami sekeluarga kehilangan seekor kucing yang menjadi penyeri rumah kami. Semoga Maya terus kekal di hati kami sebagai seekor kucing yang hebat….. Thanks Maya……. Alfatihah…..
4 Comments so far
Leave a reply

15 tahun umur kucing agak2 lebih kurang 80 tahun umur manusia tuuuu…
aku dulu pun ada kucing gak,pure persian lagi…bila dia mati aku kontrol sebak..tapi kejap tu je la..hehehe
Salam..
Ana nak share sket psl bb cat ana,namanya Rindu,mix persian..dia meninggal 2mgu lepas kerana sakit yg ditanggung akibat digilis tayar kereta.Sedih hanya Allah yg tahu,sbb itu kali pertama ana pelihara kucing,tp Allah lebih sayangi dia..ana menangis 2hari sbb terlalu sedih dgn pemergian bb cat ana tu..ana redha tp hati manusia lemah macam ana ni,seringkali terusik bilamana terpandang barang2 yg pernah diguna Rindu.kecerdikannya,mengikut ana gi kedai,mencium ana masa tgk tv,teman ana memasak,tidur dgn ana,dan sayang dia pd ana tak berbelah bagi..ana terlalu rindukan dia..sll menangis bila teringatkan Rindu..rindu teramat sgt..
*Mummy syg & terlalu rindukan Rindu..salam syg buatmu BB..*
Salam ana…. fuhh tragisnyer kalau kene gilis kan? kematian mengejut mcm tu yang tak sanggup nak di lalui tuu…. kalau mcm maya ni , kita boleh agak bila dia nak pergi.. tp mcm rindu tu, secara tiba2 dan tak ready tu memang azab sket nak lalu.. bersabarlah….