Archive for the 'Blog 2008' Category
Touchdown……..

At last.. aku touchdown ke tanahair terchenta pada pukul 6 pagi mcm tu…. terus ke pintu gate… jumpa family aku tgh menunggu…. lama betul tak jumpa diorang….. mcm mimpi jerk… setelah 2 tahun setengah memperkatakan nak balik nak balik nak balik… skang , dah balik dah eehheheheh…. Thanks to Udey sebab luangkan masa utk sambut aku…. walaupun dia ckp keta dia kene pecah… alhamdulillah takde bende yang hilang…. nanti kasik repair ler… sampai carpark.. biasa la tak biasa kan…. umanggai berlengas badan ehehhe…. kezutan… bukan poyo tau… ini kenyataan… kalau korang duduk tpt aku sure rasa bende sama… ehheheh … apa apa pun rasa lega bila dah sampai Malaysia… pastu breakfast nasik lemak ngan nasik himpit… pastu tido sat.. pastu bangun ada sedara dtg terus celebrate birthday sutra hehheheh… kek adikaku dah ready dah…. pastu tido lagi pastu bangun balik tengah malam.. lapar… bawak sutra pi jalan makan ehehhehe…..
No commentsJom balik kampung….

Mula mula ingat flight amik kat Sabiha Gokcen… nasib baik aku study last minit sebelum balik tu utk amik mas kat airport atarturk… itu pon nasib baik aku sembang ngan Amai… member aku kat mesia.. dia ada kawan dia agent, dia bitau amik flight mas kat atarturk… hmm kalau tak melayang gak duit taksi ke sana… thanks amai… so flight kitorang akan transit kat dubai sat…. Masa dalam flight sutra OK jer , dpt duduk depan sebab ada baby, then request basinet… mujur brader depan aku tu baik hati bagi laluan. thanks la brader walaupun aku tak tau nama dia ape…. sampai nak masuk lautan hindi, sutra melalak dan meragam,,, taknak duduk seat aku.. bila aku bawak jalan dia ok pastu ada spot spot yang dia takut sangat…. pandang kiri kanan takut takut….. aku takde la nak layan sangat bende mcm ni tapi bagi ubat sakit perut semua tak jalan asik menangis jer… baca baca la apa patut…. bila duduk belakang sket kat crew cabin baru ok… so berdiri la aku lama la jugak… lama lama dia ok…. tak penah dia melalak mcm tu.. agaknyer dia melalak sebab taknak tingalkan dublin la tu kot… jauh sangat kot… hehehhe….
No commentsSlamat tinggal Istanbul
Ni posting last sebelum kitorang berlepas balik ke Malaysia. Terimakasih Istanbul utk pengalaman yang hebat ini. Semoga kita akan ketemu lagi satu hari nanti mana tau ada rombongan sambil belajar pi Istanbul ker ehehhehe…. Insyallah… Ni sneak pribiu Aya Sofya nyer dome.. besar giler…. tgk scale orangnyer , kocik jer… tunggu posting ni nanti bila aku balik mesia.. insyallah….
4 commentsKapalıçarşı or Grand Bazaar

Harini trip diteruskan utk ke Grand Bazaar. Ini merupakan tempat yang HARUS pergi sebab ianya merupakan satu bazaar covered yang tertua di dunia…. dah pulak tu dia punya besar tak hingat… boleh tgk link dia kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Grand_Bazaar,_Istanbul…. hmmm memang kalau aku tgk map pun tak sure lah boleh kaver semua ker tak.. tapi takpe kita cuba la… mula mula memang dah prepare map aku print kat opis ehhehe… tapi tak sure la sebanyak mana keberkesanan map ni. Jalan kaki tak jauh la dari hotel aku. dalam 15 minit jer. Memang aku pilih location yang di tengah tengah antara blue Mosque dengan Grand Bazaar ni so takde la jauh nak menapak. Sebelum masuk grand bazaar aku dah baca tips tips kat internet pasal tempat ni… dan member aku Nadwah ada story sket pasal tempat ni dan aku rasa dah paham situasi dia mcm mana , mcm petaling street sket kot. Maklumla perniagaan diorang dah lama sejak tahun 1455 lagi sampai la skang so diorang sure dah ada bermacam helah dan tektik utk tarik pelanggan. Bila nak masuk jer entrance , ada mamat ni block aku ngan emmy dia suruh tgk price barang dia , dia suruh aku percaya brg dia murahgiler… siap ckp please , have a look…look at that… is it cheap? hey you dont respect our culture….. aduh dia main saiko ayat mcm ni tu yang aku hangin tu… spoil mood aku bila baru nak start henjin…. muka dia muka nyirap plak tu… angin tul… aku baru nak masuk.. mentang mentang dia duduk kat entrance…. chis hawau betull la mamat ni… ni ha gamba dia… kalau korang pi.. standby la hahahaha

muka pun nyirap tgk…. so bende ni sebagai intro buat aku rasa stress nak jalan kat dalam tu… aku memang tak minat nak pi tpt mcm ni sebenarnya tapi sebab aku nak feel the sense of place tu yang aku pi tu… sama mcm petaling street .. aku bukan suka nak pi… murah ker tak tu lain cerita… sama mcm sale… kalau bersesak sesak sebab nak pi sale tu kem salam ler aku nak pi ehehe…. bukan apa… aku suka enjoy masa nak beli dan tak suka stress.. eeheh… tapi lain orang lain cara yer tak. … so tips utk masuk dalam ni , jangan layan panggilan orang ehhehe…. memang tak layan… sampai mcm mcm tektik diorang guna.. ada yang terus pi kat sutra dia ckp la kiut la apa la itu la ini la… pastu ckp nak beli tak karpet… pastu kebanyakan orang yang approach aku n emmy nimemang ada maksud… kalau takde maksud buat per nak approach kan.. kalau tak nak jual kapet .. jual ceramik … mcmmcm lagi…. best memang best jalan dalam ni sebab aku suka tgk mcm mana perniagaan zaman dulu leh sustain sampai la skarang …. ehehhe

Sekian entry utk kali ini dari Istanbul… kita jumpa dalam entry yang terakhir nanti iaitu entry hari ke 3 …. By the time aku menulis ni… aku dah ready nak balik mesia. maybe entry aku masa pi AyaSofya tu terpaksa la buat kat mesia nanti. Tak sempat rasanya. Gambar kat Aya Sofya tu tak sabar rasanya nak share ngan semua pembaca blog aku ni…. thanks pada semua yang follow story aku kat Istanbul ni…
Salam dari Isketambola…..
3 commentsPotraiture : Sutra Zahra 1st Birthday , Istanbul , Turkiye
Hari ni hari yang bersejarah buat Sutra sebab takde la planning dtg sini utk celebrate birthday Sutra tapi disebabkan time balik dan singgah turkey ni kebetulan kene plak tarikh birthday sutra so celebrate jer kat sini alang alang kan…. Harini kitorang bawak diri memasing dan Sutra utk masuk kedalam AyaSofya iaitu bangunan yang termasuk dalam wish list dah lama dah. Kebetulan harini Birthday Sutra yang first… so kira mcm hadiah gak utk Sutra…. walaupun aku tau sutra tak paham…. tapi satu hari nanti bila dah besar, bila dia tgk balik gambar2 ni… maybe dia boleh paham dan appreciate apa yang daddy dia dah buat… eehhehehe….
Utk Sutra : Selamat hari jadi Sutra dari mummy n daddy. Inilah first birthday sutra dan sutra beruntung sebab dpt celebarate first birthday kat Istanbul…. jadilah anak yang soleh dan bijaksana. Amin…..
Jap lagi nak pi tgk Sufi dance…. tah ok ker ak budak ni aku pun tak tau ler… tapi kalau tak ok… dia akan diasingkan dengan pintu glass… dan malam ni malam last kitorang di Istanbul… insyallah kalau sempat malam ni akan aku upload cerita dan gambar gambar di Grand Bazaar dan juga Aya Sofya. Tunggu next entry kay sebab aku nak sangat share dengan korang kehebatan senibina zaman byzantine dan kehebatan islam yang telah menakluk Gereja ini utk dijadikan Masjid. Masyallah memang cantik dan kecik rasanya kita bila duduk dalam tu… tungguuu
Salam dari Istanbul…….
Blue Mosque and Yerebatan Sarnici

Selepas berehat kejap…. lepas lunch kat roof top…. kitorang mulakan xploration ke Blue Mosque. Memang kitorang sengaja pilih hotel yang terletak di tengah tengah hot spot ni semua. Dan yang penting semuanya in between walking distance. Berjalan ke Blue Mosque tak lama.. dalam 10 minit slow slow sambil bawak stroller tu memang dalam 10 minit la… tak campur aku reverse balik amik botol susu budak…. Sesampai nyer kat dalam kawasan masjid.. aku didatangi oleh sorang mamat ni muka cam india campor arab sket dengan awek ker bini ker tak tau ler…. dia mintak tlg amik gambar pakai henpon dia…. then aku amikan ler… pastu dia tanya , dari mesia ker? aku jawab yes.. then dia ckp dia kenal muka mmg mesian… dia ckp dia dari Dubai…. ye la kot… pastu dia ajak borak panjang so aku pendekkan cerita sebab aku nyirap gak ni… dia tanya mesia punya duit lagi murah kan sebab dia nak pi sana…. then dia nak mintak tgk duit mesia… aku ckp takde… aku pulak terckp aku pakai duit euro… dia nak tgk contoh.. aduh aku plak bodo dan mcm dah kene apa tah… bini dia dok layan emmy…. sampai la tahan dia pegang segumpal duit 50 euro aku… ish tableh jadik ni.. aku tarik balik… aku rasa mcm dia taknak lepas… then aku terus tarik kuat kuat…. giler apa…. beratus euro tuuuuuu….. aku tak perasan langsung la kalau dia ada amik.. tapi memang tak terlepas dari mata aku walaupun sekeping duit euro tu…….. hmmm awal awal lagi aku dah di intro dengan scam mcm ni… so the rest of the trip aku kene berjaga jaga dan memasang sesungut yang besar….. tension btol… daam area masjid pon boleh jadik hal… kalau aku jumpa lagi 2 ekor ni aku amik gamba pastu aku nak bagi polis la. Ok teruskan cerita aku….








Istanbul day 1

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kitorang di Istanbul. Dari dalam flight aku dah nampak Blue mosque… dia lalu tepi tuh….. cantik pemandangan dari atas….. nampak Bosphorus, selat yang memisahkan 2 benua Asia ngan Europe. Sesampai nya di airport kitorang dijemput oleh staff hotel kitorang. Senang sket. Kalu tak letih gak sebab memang dah letih dah masa tu… tido pon tak berapa nak cukup. Dalam perjalanan kitorang, nampak ler Topkapi Castle… tembok yang panjangnya 6km tuh. banyak peningalan rumah rumah lama. Sekali lagi kat sini Left hand drive…. so aku duduk depan tu gayat sket la. Lalu tepi Marmara sea… ada banyak bot bot nelayan dan kapal besaq besaq. Pastu bila nak masuk sulten ahmet nyer area, terus rasa mcm zaman dulu dulu. Umah umah lama tepi bukit lawa lawa… ala mcm dalam gamba ngan poskad ler… pastu terus nampak Ayasofia…. church yang yang terawal yang telah di konvert jadik masjid bila islam datang dan bertukar2 sampai skang dah jadik museum. Depan Ayasofia tersergam indah hasil arkitek terkenal Mimar Sinan iaitu Blue Mosque…. Mimar Sinan ni arkitek terkenal zaman kegemilangan islam dulu yang telah merekabentuk lebih kurang 80 masjid. Hebat , hebat. Dan akhirnya sampai la kitorang kat hotel kitorang. Mintak hotel tingkat atas sekali supaya nampak masjid. atas tu ada restoran utk breakfast sambil tgk Masjid. Kat kaunter tu ada plak anjing Paris Hilton .. aduh leceh betol…. diorang nak sekular tu lantak ler kan… tapi aku ni OK lagi ni ehehhe….. so kitorang rehat2 dulu kat hotel dan kemas semua nya… pastu mandi dan bersiap2 utk ke blue mosque dan ayasofia…. Tunggu next posting aku , insyallah aku akan masukkan gamba gambar Ayasofia dari luar, Blue Mosque, Yarebaten Cistern ( sunken palace haaa yang ni lawa) dan sekitar Sulten Ahmet. Nak kuar ni… Salammmm
9 commentsSatu malam di Frankfurt


Oleh kerana flight kat Dublin delay sebab kapalterbang sojuk… frost…. dan sepatutnya kitorang transit kat Frankfurt 2 jam. So kitorang missed connecting flight to Istanbul tu. Depa dah sediakan hotel kat luar airport… nak taknak kena la tido kat hotel sebab kalau nak stay airport… lama tu. Next flight pukul 7.30pagi waktu Jarman. Berpeluang gak ler jenjalan sekitar airport. Hmmmm peramah betul orang kat Frankfurt ni. Sebelum ni aliff n rufi pernah tour sini, diorang kata sini orang peramah. So memang betul la , diorang tak kencing. Memang betul peramah. Cuma aku tak paham la bahasa diorang sampai terpaksa guna bahasa isyarat plak ehehheh…..
Balik Kampung Tour : Dublin Airport to Frankfurt

Hari ni berakhirnya episod sedey aku kat Dublin ni aku rasa… (ntah) . Bila kawan kawan ramai hantar aku petang ni, memang sedih dan terharu sebab ramai yang dtg utk hantar aku. Ada yang lama lagi aku nak jumpa, dan ada yang nanti aku akan jumpa bila balik mesia tak lama lagi. Bulan ni jer dah banyak kali aku pi airpot dublin. Hujung hujung aku pi lagi tapi aku yang balik. Thanks pada Bal yang hantar aku, Rozai linda, Asraf, izwan yang konvoi sesama utk pi Airport. Thanks gak pada semua yang dtg, ramai tuuu…. terharu betul. Bila si Izwan tanya aku ” betul ker nak balik ni” ada gak rasa nak balik umah balik tapi dah mcm drama hindustan plak kang… Masa check in tu Dublin diselaputi kabus…. aku harap flight takde masalah ler tapi terpaksa delay gak sebab flight lufthansa masa tu takde orang nak buat proses defrost flight. Terpaksa layan 2 jam duduk dalam flight tapi tak gerak gerak. Sampai pilot tu bukak pintu balik kot kot ada yang nak kansel flight… tapi semua teruskan pi gak ke frankfurt dan pastu diorang akan sediakan hotel dan aku tak dpt la nak naik flight ke turkey malam tu. Terpaksa tido di Frankfurt. Hmmm best la gak kalau dpt tido hotel free kat Frankfurt.. atleast dpt gak jenjalan kat jarman nih. Pastu fligt pagi pukul 730 keesokan harinya pulak. Kat airport aku kesian kat warga negara yang tak dpt nak masuk frankfurt tapi terlepas connecting flight diorang. Yang aku nampak ialah warga negara nigeria ngan china…. diroang bertekak ngan Lufthansa nyer orang sebab bukan salah diorang dan bukan gak salah lufthansa… dah cuaca buruk kat Dublin nak wat cemana kan…… then keesokan paginya kitorang checkout pagi dan teruskan perjalanan ke Istanbul. Nanti next posting aku akan sembang sket pasal journey to istanbul….
Gutten!
1 commentSudah tiba masanya….Slann Ireland


Hari yang ditunggu2 telahpun tiba…. tau tau jer aku nak balik, cuaca jadik sejuk sampai frost la depan umah asraf ni…. -2 degree tu….. bila lagi nak rasa…. bawak sutra jalan sat kat luar… lagi 4 jam aku akan bertolak ke airport…. insyallah dengan bantuan Rozai dan Bal….. Malam tadi melepak tak hingat…. Rozai jadik tukang cerita memang best la… aku dari ngantuk , terus segar bugar kekekekke… thanks la pada semua yang dtg malam tadik. Ina saiful, bal n family ngan rozai linda…… thanks to Linda sebab bawakkan kuih cara berlauk… memang terbaik…… habis licin….. kitorang dah bedal sampai habis dah ni ehehhehe…….














































































































































































