Archive for June, 2008
Farewellington
Suasana pagi ni berlainan dari suasana pagi pagi yang lain…. harini merupakan hari terakhir stay kat Wellington Court ni. Umah paling best yang kitorang pernah duduk. Apakan daya hanya mampu bertahan 7 bulan sahaja.. takpe, yang kejap ni la boleh jadik memory yang abadi…. Pelbagai memori indah berlaku dalam rumah ni antaranya yang paling penting ialah kelahiran Sutra….membesar sehingga genap 7 bulan kat rumah ni… Lagi 2 harijer Sutra 7 bulan.

Muka sutra pepagi lepas mandi.. dia tau agakyer harini hari last kat sini..
Malam last ni ajak member terdekat dtg nak farewell kat rumah…. meriah sungguh penuh dengan gelak ketawa.. tapi dalam hati…. sapa yang tau….

Thanks pada kawan kawan terdekat yang hadir pada malam tu…. korang memberi kekuatan utk kitorang melangkah keluar dari rumah tu . Tragis gak sebab syarat nya… kalau kluar tu kene tinggalkan kunci kat dalam then once dah tutup pintu tu .. kitorang tak dpt masuk balik sampai bebila laaa…. lepas korang balik jer suasana jadik senyap sebab takut nak menghadapi saat saat tutup pintu tu. Memang berat hati nak melangkah keluar…. bila nak kluar jer… aku ngadap balik balcony rumah tu sebab kecantikan view malam tu. Tapi kehidupan mesti diteruskan….. tepat 12.30 malam aku paksa diri melangkah kluar….. slann my home sweet home…..
Setelah 2 tahun tak jumpa IKEA…..

Akhirnya setalah 2 tahun la lebih kurang tak menjejakkan kaki ke IKEA…. kira puasa lah ni…. harini , sampai jugak ke IKEA kat Belfast ni…..bukak puasa. Muka Emmy excited sama mcm muka aku….. muka Sutra gak blur (bokeh)… Tapi ALiff ngan Ija pernah pi dah… tapi still muka excited… excited ngan jakun lain tau……Bukan apa… kene lah happykan diri… nak buat theraphy la kira nih selepas down beberapa hari..
Utk yang dah duduk ireland ni mungkin pi North side ni dah biasa dah… tapi bagi aku ngan emmy…. ini first time pi North side….. Jarak perjalanan tak ke sana lebih kurang 150km….. tapi bila masuk UK dia kira miles… so aku dah panic nak convert….so ikut je la speed orang lain… keta takde meter miles…

Jalan dia straight jer ikut highway.. better la dari jalan pi south…. UK la katakan….jalan semua cun ajerk…. Bila sampai Belfast… jakun gak muka aku nengok highrise….. maklumla dah berapa lama duduk Dublin… menara paling tinggi tu haaa Milleneum Spire. Mana ada highrise kat Dublin ni….
So… lebih kurang 1jam 45 minit… sampai la kitorang ke Belfast dan sesat jap , salah jalan tapi pastu ok balik…. tourist guide kitorang alipp ija konpius…..hujung hujung, sampai gak laa ke destinasi yang nak dituju……
Sejak dari study kat UTM dulu memang rajin la aku ngan emmy ni suka merayau pi IKEA…… bukan beli perabot pon… setakat bende kecik kecik jer janji ikea… hehe….. sampai la dah kawin… melabur gak kat ikea nih… tapi semua brg brg tu dah selamat di jual sebelum dtg Dublin 2006 dulu….. semua dah sub sub kat orang…. sedey pon ada tapi nak dtg Dublin nyer pasai…. let go jer lah…. pastu duduk dublin ni kalau sewa umah sah sah semua fully furnish… so tak terpikir pon nak beli perabot apa apa pun…. nak pi pon jauh gak la buang karan jer… ini pi ni pon nak bikin therapy punya pasal lah nih…..

so takyah le aku cerita panjang.. gambar2 bawah ni pon cerita semua bende…… part yang paling lawak ialah Sutra la ni… dia mula mula OK jer… tapi tak sampai 30 minit dalam tu, rimas…., emmy bawak pi changing room bukak sluar dia jeket dia… suka la dia belengging mcm tu….

Pastu bukak luar ngan jeket…. panas ka?

Tasha kalau pi sini … seronok kat tempat mainan bebudak la… setiap section ada jer small area utk dia main main….

Ingatkan cekodok pisang…. terliur aku… rupanya daging daging yang tabley di sental… hehehe

tunggu barang yang di order….

bayangkan kalau Bank Simpanan Nasional cop duit sendiri mcm ni hehehee

jumpa plak Ford Fiesta ST limited nih… http://www.fordfiestast.com/press.asp
Sampai IKEA kul 10 pagi…. pukul 3 ptg mcm tu alif ngan ija balik dulu… kitorang masih nak merayau dalam ni….. sejam pastu .. baru kitorang balik… kecewa gak ada 2 brg tu nak beli… tapi habis pulak…. alaa kotak kotak ikea murah murah nak storage barang, makumla pasni duduk sharing, brg kene organise bebetul…kalau tak nanti tak tau nak sumbat mana …. pastu on the way back…..hentam keromo jer jalan2 dalam town… alhamdulillah.. jumpa balik jalan pulang…… sekian cerita ringkas dari aku……

On the way balik… sempat gak aku snap gamba tempat ni…. Blackskull … teringat nama ni . Ni nama group aku masa kecik kecik darjah 5 ker darjah 6… diangotai oleh 3 orang jer…..kira masa tu rasa mcm kongsi gelap la…heheh kelakar biler teringat nama group ni…… lagi 2 orang member aku tu sorang ada kat UK… sorang lagi kat Seremban… nanti balik insyallah leh jumpa diorang balik….
Terima kasih kerana membaca…..sekadar perkongsian pengalaman sahaja….
2 commentsSutra Zahra…

This is it……. Sutra jangan nakal nakal… mummy ngan daddy nak packing …. kalau nak rolling pon agak agak ler…. kekadang rolling sampai tah kemana mana tah……ini lah tempat Sutra rolling merolling… heheheh….. esok kita pi jalan….yippie….
Ke mana?

harini merupakan hari hari last di Wellington Court…… kalau cerita panjang nanti jadik cerita sedih pulak… apa apa sekali pun , “kita mesti terus hidup… sevevel…” (dialog Osman Tikus)
8 commentsAn Interview with Daniel Libeskind
Daniel Libeskind, B.Arch. M.A. BDA AIA is an international figure in architectural practice and urban design. He is well known for introducing a new critical discourse into architecture and for his multidisciplinary approach. His practice extends from building major cultural and commercial institutions - including museums and concert halls- to convention centers, universities, housing, hotels, shopping centers and residential work. He also designs opera sets and maintains an object design studio.
Sutra Zahra bila daddy ponteng keje
Tak sihat sangat memula time pagi tu.. pastu tenghari dah sihat… hehehe so hari ni seronok pulak nak snap gamba sutra pakai 50mm lens ni….. so bila dah tapis punya tapis.. still banyak lagi…… maklumlah skang ni stage jakun dan susah nak tapis….. so aku masukkan jer la semua gamba kan….. enjoy…. kalau nak download gamba ni boleh la pi tengok kat flickr site ni http://www.flickr.com/photos/azralramlay/sets/72157606821011111/

Di satu sudut di hujung balcony
Sekadar eksperimen fotografi… pelakon pelakon di bawah ini telah dibayar mahal utk melakonkan aksi bermain pakau ni….. eksperimen ini dijalankan di rumah rozai masa birthday dia.. pelakon diarah buat muka kalah judi tapi tak berjaya nampaknya.. mereke lebih kosentrate pada game heheheh
In action
Bukan senang nak dpt gamba sendiri… sejak tak leh berenggang dengan senapang aku ni memang susah nak dpt gamba sendiri… maybe kalau dah ada wide lens boleh la kot… heheheh so aku harap pada orang lain punya gamba jer la… kali ni dpt plak shot best dari member aku yang lone ranger kat Galway. Jami nama dia.. Ni masa Rozai nyer birthday. Thanks to Jami..

Rozai’s Birthday @ The Cube
Birthday Rozai……. sudah aku katakan Dublin ni memang meriah dengan aktiviti makan makan, melawat member yang nak sambut birthday….. birhday kali ni special sket sebab memang tajuk dia birthday rozai tapi empunya badan lebih kepada meraikan budak budak… kanak kanak….. rozaijemput clown just nak kasik bebudak happy …. insyallah , banyak pahala kasik bebudak happy ni….. dan insyallah di tambahkan rezeki… menu best…. satayyyy….. tapi ni first time aku tengok satay tak de kesan pembakaran lengkap… lembut jer takde itam itam kekekeek thanks tuan rumah…



















































































































































































































































































