Archive for August, 2008
Liffey River from Ha Penny Bridge
Saja saja korek file file lama, cek kot kot ada image2 yang potential nak di edit.. dah mcm carik makanan belen dalam peti sejuk jerk… sekali jumpa la image ni…. amik dari folder latih tubi 2.0 haritu….. so kene sebat la image ni hehehee … bagi aku photo ni memang dah jadi icon poskad2 kat sini…. so takyah ler aku beli poskad laie…. enjoy
2 commentsBila lalu Iveagh Market….
On the way balik kalau jalan kaki kat area ni risau gak la kan… ni belakang opis jer ni… Dipercayai Market ni dulu happening dengan jual beli barang…. bangunan lama ni tinggalan sejarah. takde la lama sangat… tapi bila tinjau kat lobang lobang celah bangunan tu.. rasa mcm nak masuk jer… mcm ada bende yang memanggil .. ewww seram…. kalau dpt masuk dalam bangunan ni pon best gak buat fotografi… silap silap boleh nampak bende yang mata takleh nampak…. camera jer leh nampak… ehheehe… eiii….
Photo taken using asraf’s camera. He named it Boba……. thanks Boba.
5 commentsLayout baru siap!
Salam semua… fuhh logo den….. penat gak menggodek semata2 nak tukar sket layout ni kasik ceria dan happening sket.. try n error script css semua tu walaupun aku tak pernah belajar kat skolah, tapi berkat berguru ngan mr Azhan kat Macroworks dulu , skang dah boleh la godek godek simple2 punya editing… skang rasa dah cukup sifat…. link link boleh nengok kat belah kanan screen… ada website kengkawan lain… ada arkib… so senang sket nak trace gamba gamba yang lama lama… harap2 theme yang ni lebih lama bertahan….. best kan buat website sendiri… takde sapa nak marah… ikut suka hati la nak buat apa pun janji diri sendiri happy… samping2 tu dpt share gamba gamba yang di snap ngan member2.. tukar fikiran.. komen komen bla bla bla… semua ni semata mata nak mengisi masa lapang la ni… esok ada Metallica kat Marley park… takpe la James…. tahun lepas kita dah jumpa. tahun ni kita rilek dulu la… tahun depan kalau ada kat wembley laie… mau aku pi sekali lagi. Last call…. ahaks… apa yer gamba nak masukkan malam ni.. tadak ler… so boleh la layan gamba2 grand canal aku baru upload back dated nyer issue nih… enjoy! http://blog.azralramlay.com/archives/222

Mari belajar bercakap dengan Sutra
Seronok lain mcm harini sebab balik kerja jer pegang Sutra.. dia dah mula nak bercakap2… once dia dah start… hmm susah nak berenti… sampai nak termuntah la jugak sikecik ni baru nak berenti…. enjoy this video clip..:)
14 comments
Weekend yang lesu
Fuhh wiken ni paling lesu.. paling tak tau nak buat per….. tambahan plak skang dah mula hujan.. agaknyer nak masuk winter la ni… dah start sejuk sket dah… ada tempat yang banjir plak dengarnyer kat Dublin. Ingat nak tgk badminton olimpik…mesia lawan china…. depa dok layan orang irish nyer atlit jer ….. kelibat mesia tarak langsung…. itu la constrain duduk Dublin. Kat mesia sure happening kalau nengok live from beijing walaupun aku tau tak menang …. takde hal la tu janji masuk final. Bawak family makan kat luar harini. Hujan pun hujan la redah jer… hujan sini takde la power mcm mesia…. sini renyai jerk… kalau lebat sket jer diorang dah mula kluar tgk hujan … pagi tadi ada guruh skali … sini memang jarang la guruh… kalau guruh bunyik tu… mamat irish ni mula gelisah… ada yang kuar tgk tingkap.. ada yang cuak… keh keh keh , mcm mcm la diorang ni…. kalau diorang nengok guruh mesia siap petir cabang cabang sure sujud terus agaknyer hehhehe…. dah le bosan punya pasal dah ni.. esok keje…. yeay…..
15 commentsEye of Sutra

Hari ni memang mati kutu duk umah… Dublin ni satu jer bende yang aku takleh terima ialah…. tak de idea nak pi mana….. so tempat yang paling seronok nak lepak ialah depan laptop… dalam bilik dengan sutra n emmy….. 2 hari lepak dalam bilik pon insyallah sihat lagi cuma bersawang jer la agaknyer…. sebelum bersawang… capai camera… fish eye meet sutra eye…..
Latih Tubi 2.0

Akhirnya sessi Latih Tubi berjaya di adakan dengan keadaan cuaca yang sangat baik. So masing masing nampaknya sibuk mengedit gamba2 korang. Ahli yang baru join kali ni ada 2 orang iaitu Epi and Naza.. Welcome guys. Jangan boring plak shooting ngan kitorang… next time leh bikin lagi dan maybe kita akan pi amik gamba landscape….. so nanti kalau gamba suda siap aku akan kasik upload….Buat masa ni… baru satu jer gamba ateh ni ha…. Tungguu……
Latih Tubi 1.5
Oleh kerana hujan renyai renyai jer… aku kluar gak sebab nak snap gamba malam dengan lens baru ni….

Main-main lampu

Sepatutnya harini pi buat latih tubi 2 , tapi hujan pulak .. takde rezeki nak snap gamba kat luar harini…. so oleh kerana latih tubi tak dpt dijalankan harini, aku gantikan dengan projek yang dah lama nak buat tapi tak buat buat. Apa nama projek pon aku tak tau tapi mcm ni la hasilnya…. heheheheh.. ini punya latih tubi boleh buat dalam umah … pakai torch light kecik tu…. set speed kepada 15sec ker.. pastukan ruang agak gelap…. sonang jer bahhh…..





















