Archive for November, 2008
Blue Mosque and Yerebatan Sarnici

Selepas berehat kejap…. lepas lunch kat roof top…. kitorang mulakan xploration ke Blue Mosque. Memang kitorang sengaja pilih hotel yang terletak di tengah tengah hot spot ni semua. Dan yang penting semuanya in between walking distance. Berjalan ke Blue Mosque tak lama.. dalam 10 minit slow slow sambil bawak stroller tu memang dalam 10 minit la… tak campur aku reverse balik amik botol susu budak…. Sesampai nyer kat dalam kawasan masjid.. aku didatangi oleh sorang mamat ni muka cam india campor arab sket dengan awek ker bini ker tak tau ler…. dia mintak tlg amik gambar pakai henpon dia…. then aku amikan ler… pastu dia tanya , dari mesia ker? aku jawab yes.. then dia ckp dia kenal muka mmg mesian… dia ckp dia dari Dubai…. ye la kot… pastu dia ajak borak panjang so aku pendekkan cerita sebab aku nyirap gak ni… dia tanya mesia punya duit lagi murah kan sebab dia nak pi sana…. then dia nak mintak tgk duit mesia… aku ckp takde… aku pulak terckp aku pakai duit euro… dia nak tgk contoh.. aduh aku plak bodo dan mcm dah kene apa tah… bini dia dok layan emmy…. sampai la tahan dia pegang segumpal duit 50 euro aku… ish tableh jadik ni.. aku tarik balik… aku rasa mcm dia taknak lepas… then aku terus tarik kuat kuat…. giler apa…. beratus euro tuuuuuu….. aku tak perasan langsung la kalau dia ada amik.. tapi memang tak terlepas dari mata aku walaupun sekeping duit euro tu…….. hmmm awal awal lagi aku dah di intro dengan scam mcm ni… so the rest of the trip aku kene berjaga jaga dan memasang sesungut yang besar….. tension btol… daam area masjid pon boleh jadik hal… kalau aku jumpa lagi 2 ekor ni aku amik gamba pastu aku nak bagi polis la. Ok teruskan cerita aku….








Istanbul day 1

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak kitorang di Istanbul. Dari dalam flight aku dah nampak Blue mosque… dia lalu tepi tuh….. cantik pemandangan dari atas….. nampak Bosphorus, selat yang memisahkan 2 benua Asia ngan Europe. Sesampai nya di airport kitorang dijemput oleh staff hotel kitorang. Senang sket. Kalu tak letih gak sebab memang dah letih dah masa tu… tido pon tak berapa nak cukup. Dalam perjalanan kitorang, nampak ler Topkapi Castle… tembok yang panjangnya 6km tuh. banyak peningalan rumah rumah lama. Sekali lagi kat sini Left hand drive…. so aku duduk depan tu gayat sket la. Lalu tepi Marmara sea… ada banyak bot bot nelayan dan kapal besaq besaq. Pastu bila nak masuk sulten ahmet nyer area, terus rasa mcm zaman dulu dulu. Umah umah lama tepi bukit lawa lawa… ala mcm dalam gamba ngan poskad ler… pastu terus nampak Ayasofia…. church yang yang terawal yang telah di konvert jadik masjid bila islam datang dan bertukar2 sampai skang dah jadik museum. Depan Ayasofia tersergam indah hasil arkitek terkenal Mimar Sinan iaitu Blue Mosque…. Mimar Sinan ni arkitek terkenal zaman kegemilangan islam dulu yang telah merekabentuk lebih kurang 80 masjid. Hebat , hebat. Dan akhirnya sampai la kitorang kat hotel kitorang. Mintak hotel tingkat atas sekali supaya nampak masjid. atas tu ada restoran utk breakfast sambil tgk Masjid. Kat kaunter tu ada plak anjing Paris Hilton .. aduh leceh betol…. diorang nak sekular tu lantak ler kan… tapi aku ni OK lagi ni ehehhe….. so kitorang rehat2 dulu kat hotel dan kemas semua nya… pastu mandi dan bersiap2 utk ke blue mosque dan ayasofia…. Tunggu next posting aku , insyallah aku akan masukkan gamba gambar Ayasofia dari luar, Blue Mosque, Yarebaten Cistern ( sunken palace haaa yang ni lawa) dan sekitar Sulten Ahmet. Nak kuar ni… Salammmm
9 commentsSatu malam di Frankfurt


Oleh kerana flight kat Dublin delay sebab kapalterbang sojuk… frost…. dan sepatutnya kitorang transit kat Frankfurt 2 jam. So kitorang missed connecting flight to Istanbul tu. Depa dah sediakan hotel kat luar airport… nak taknak kena la tido kat hotel sebab kalau nak stay airport… lama tu. Next flight pukul 7.30pagi waktu Jarman. Berpeluang gak ler jenjalan sekitar airport. Hmmmm peramah betul orang kat Frankfurt ni. Sebelum ni aliff n rufi pernah tour sini, diorang kata sini orang peramah. So memang betul la , diorang tak kencing. Memang betul peramah. Cuma aku tak paham la bahasa diorang sampai terpaksa guna bahasa isyarat plak ehehheh…..
Balik Kampung Tour : Dublin Airport to Frankfurt

Hari ni berakhirnya episod sedey aku kat Dublin ni aku rasa… (ntah) . Bila kawan kawan ramai hantar aku petang ni, memang sedih dan terharu sebab ramai yang dtg utk hantar aku. Ada yang lama lagi aku nak jumpa, dan ada yang nanti aku akan jumpa bila balik mesia tak lama lagi. Bulan ni jer dah banyak kali aku pi airpot dublin. Hujung hujung aku pi lagi tapi aku yang balik. Thanks pada Bal yang hantar aku, Rozai linda, Asraf, izwan yang konvoi sesama utk pi Airport. Thanks gak pada semua yang dtg, ramai tuuu…. terharu betul. Bila si Izwan tanya aku ” betul ker nak balik ni” ada gak rasa nak balik umah balik tapi dah mcm drama hindustan plak kang… Masa check in tu Dublin diselaputi kabus…. aku harap flight takde masalah ler tapi terpaksa delay gak sebab flight lufthansa masa tu takde orang nak buat proses defrost flight. Terpaksa layan 2 jam duduk dalam flight tapi tak gerak gerak. Sampai pilot tu bukak pintu balik kot kot ada yang nak kansel flight… tapi semua teruskan pi gak ke frankfurt dan pastu diorang akan sediakan hotel dan aku tak dpt la nak naik flight ke turkey malam tu. Terpaksa tido di Frankfurt. Hmmm best la gak kalau dpt tido hotel free kat Frankfurt.. atleast dpt gak jenjalan kat jarman nih. Pastu fligt pagi pukul 730 keesokan harinya pulak. Kat airport aku kesian kat warga negara yang tak dpt nak masuk frankfurt tapi terlepas connecting flight diorang. Yang aku nampak ialah warga negara nigeria ngan china…. diroang bertekak ngan Lufthansa nyer orang sebab bukan salah diorang dan bukan gak salah lufthansa… dah cuaca buruk kat Dublin nak wat cemana kan…… then keesokan paginya kitorang checkout pagi dan teruskan perjalanan ke Istanbul. Nanti next posting aku akan sembang sket pasal journey to istanbul….
Gutten!
1 commentSudah tiba masanya….Slann Ireland


Hari yang ditunggu2 telahpun tiba…. tau tau jer aku nak balik, cuaca jadik sejuk sampai frost la depan umah asraf ni…. -2 degree tu….. bila lagi nak rasa…. bawak sutra jalan sat kat luar… lagi 4 jam aku akan bertolak ke airport…. insyallah dengan bantuan Rozai dan Bal….. Malam tadi melepak tak hingat…. Rozai jadik tukang cerita memang best la… aku dari ngantuk , terus segar bugar kekekekke… thanks la pada semua yang dtg malam tadik. Ina saiful, bal n family ngan rozai linda…… thanks to Linda sebab bawakkan kuih cara berlauk… memang terbaik…… habis licin….. kitorang dah bedal sampai habis dah ni ehehhehe…….
Hari last bersama kawan2 di office…..

Harini memang sedey gak… sori la kat korang asik baca pasal cerita sedey jerk … nanti aku balik mesia , tak pun istanbul nanti aku cerita bende yang best best erkkk.. insyallah kalau ada line baek punya…. leh aku upload dan share pengalaman masa berada di situ nanti…. memang berat rasa hati nak tinggalkan opis best ni…. lebih lebih lagi biler aku book utk 15orang jer…. tapi yang dtg 22 orang…. seronok la jugak dan terharu ler…. jap lagi ada tetamu nak dtg….. terpaksa stop memblogging…. kita jumpa lagi insyallah kalau sempat esok… or kalau tak… jumpa di Istanbul……
No commentsMalam last kami di Ivy….


Malam ni adalah malam last kami di Ivy sebagai housemate bersama aliff n ija…. thanks to aliff and family atas segalanyer….. halalkan makan dan minum…tersalah kata tersinggung ker… moga moga kita leh jumpa lagi di malaysia… kami menerima kunjungan dari family epi dan family md shuk…. thanks kat korang sebab dtg. Satu bende yang aku suka kat dublin ni ialah tradisi kunjung mengunjung dah menjadi satu kemestian bukan sahaja bila ada kawan nak balik… tapi boleh katakan dalam satu bulan tu ada ajer aktiviti… memang seronok sebab kita semua kat sini family jauh di mata….. so sapa yang ada kat sini semua dah macam family….Semoga friendship kita semua kat sini berkekalan sampai bebila……insyallah…..
No commentsSlann Grafton Street…….

Aku rasa tadi baru jap tadi , last aku jenjalan kat Grafton Street …. sambil mendengar dendangan lagu Raglan Road oleh Dubliners…. dalam tu dia ada sebut…. On Grafton Street in November… sedih sebenarnya ni… sebab sini lah tempat aku carik makan utk sara anak bini selama 2 tahun lebih…. skarang aku kene tinggalkan tempat ni dengan beribu ribu kenangan pahit manis… banyak aku belajar bila duduk negara orang carik makan… satu pengalaman yang aku rasa susah nak dpt. Hanya akan dengan kesungguhan berusaha dan juga dengan izin Allah. Nasib aku mungkin baik kerana diberi peluang utk bekerja kat Ireland ni. Aku merasakan bumi irish ni memang menarik dan selesa. Orangnya semua baik baik… even anak doll pon baik.. kalau terlanggar pon masih boleh ckp sorry. Namun aku masih bersyukur kerana bumi Malaysia yang bertuah telah memanggil utk pulang…. Memang aku dpt rasa dan mendalami peribahasa melayu… hujan emas dinegeri orang… hujan batu negeri sendiri. Orang di Malaysia mungkin ada yang merasakan bestnya kerja kat oversea nih…. best tu memang best… tapi jangan lupa yang tak best punya part.. asik citer best jer kan… banyak segi…. makanan, kebebasan, nak balik kampung jauh wooo… dah kira macam takde kampung la senang. Tapi kalau ada peluang utk kluar sekejap dan kerja, teruskan dan ambillah pengalaman yang jarang kita dpt seumur hidup nih…
Secantik cantik bumi irish ni… cantik lagi bumi negara sendiri. Malam ni aku akan tinggalkan rumah Ivy Exchange dan akan tumpang sat di rumah asraf. dan sabtu ni aku akan berangkat pukul 2.30ptg ke airport sebab flight ke istanbul pukul 5.30 ptg. Bila aku dengar lagu2 ni memang rasa irish. Bila lagi nak dtg aku tak sure sebab rumours mengatakan ada 11 negara dalam europe akan buat law baru iaitu semua kene ada Visa utk masuk europe… termasuklah ireland. Tahap mana kesahihan nya aku tak pasti . Ini kerana ramai sangat orang luar yang overstay kat EU ni utk kerja tanpa permit. Apa apa pun law diorang, aku pun dah nak balik dah ni…. harap harap takde la ketat sangat sebab nak jugak bawak sutra ke sini satu hari nanti bila dia dah besar….
2 comments
Gelabah seluruh jiwa…
Salam semua….
semalam hari paling gelabah dalam hidup aku kat ireland ni aku rasa… setelah aku plan semua journey aku utk balik mesia… singgah istanbul… utk amik gamba cantik2… tetiba petang semalam d300 aku ‘rosak’ …. bende yang sama terjadik kat Fly haritu… ni link dia http://zulkefly.epikt.net/?p=357
Semalam ada farewell dinner kat umah kitorang.. gambar tak upload lagi sebab semalam memang mood aku hancur berkecai…. sebab camera rosak… nasib baik aliff nyer camera ada semalam utk capture moment2 last tu….ada la gamba kan…..
Then hari ni mcm mcm aku pikir… nak beli camera baru ker…. aduhh… kalau nak pulang under waranty, surat2 waranty semua dah masuk dalam storage kontena dah nih… memang la tak sempat… Akhirnya , Allah nak tunjuk dan suruh kita ingat kat dia selalu…. harini aku godek punya godek, aku cuma tukar folder name tu ke nombor lain… terus boleh snap dah.. aduh lega… aku ingat rosak… ini bende ni tanya kedai pon aku rasa dia takpek setel ni. Shukran shukran…. so boleh la aku teruskan balik menceriakan mood … Alhamdulillah…..
Nanti gambar2 Dinner last kat ivy nanti aku akan masukkan dalam blog ni kalau sempat…. la ni tinggal sehelai sepinggang jer kat Ivy nih….. Thanks anyway kepada semua yang hadir…. moga moga kita berjumpa lagi di lain waktu…. insyallah…..
Selesai babak pertama


Babak pertama telah bermula…..
Semalam tido pukul 5pagi gak ler nak packing brg2 ni… pastu kene pi keje.. pastu sambung halfday tu lagi beli lagi barang sket last call. Pastu start petang semalam dah final check semua dan ready utk diangkut ke storage kontena. Penat taklehnak kata… tapi sempat la tido 15 minit jadik la kan… pastu dalam pukul 9pm Putra Venture nyer lori sampai pastu bermula la kerja gotong royong , ivy exchange jer dah penuh satu lori… ada 4 family… nasib baik muat muat satu lori utk first trip… ramai gak yang membantu…. especially member2 ummar , kene belanja diorang makan malam ni nih… then lori brg ni dibawa ke storage sementara kat Finglas. Tpt ni mcm sewa space utk brg2 le ni sebelum diorang akan masuk ke kontena betul nanti. Pastu second trip sambung umah Halim, najib ngan izwan. Gotong royong ni habis kul 430 pagi mcm tu ler… pastu nak carik mamak takde… hapa pun takde time2 mcm ni…. perut lapar giler sebab tak makan… nasik baik isi perut sket kat umah halim makan karipap. hehhehe… itulah update utk harini… so skang aku , emmy sutra tinggal sehelai sepinggang… 2 ketul beg besar , 2 beg galas , sama mcm aku dtg dublin ni dulu.. beg yang sama…. takde terlebih… kecuali sutra ngan strollernya…..













































































































