azral ramlay

Archive for January, 2009

Mazda 323 Interplay GTR by Epik Design

Mazda 323 GTR Interplay  @ Putrajaya by you.

Thanks to mr Fly sebab meluangkan masa kita sesama explore bende baru utk dia dan utk aku gak . Ni pun first time dia pasang kat kereta dan bergerak… ni gak ler for the first time kitorang nyer D300, D700 ngan D70 bergerak dengan kelajuan 5-10 kmh ehehheeh…. risau gak sebab masa firt time try memang rig ni berpusing jatuh tapi masa tu takde camera lagi, pastu ketatkan mana yang patut tapi still ada free play…. memang kene adjust sket rig tu kasik stable….  satu lagi ciri keselamatan tepi jalan kita kene ada ler fly… maybe kita leh carik cone tepi jalan tu ( beli or terjumpa) ehehhehe pastu spray la apa kaler pon dan letak lampu keselamatan… then selamat sket kita nak buay shooting tu…. kalau tak jadik mcm malam tadik… tpt ni kat roundabout… elok plak ada peronda bawak laju laju….  bang slow la sket bang , round about tuuuu…… Ni gambar dari lensa Fly… thanks to fly.. gempak gamba ko… menaikkan semangat aku utk dptkan lens panjang balik ehehhhe…. slannn……

Mazda 323 GTR Interplay  @ Putrajaya by you.
Mazda 323 GTR Interplay  @ Putrajaya by you.
11 comments

Nyamuk ni pun, agak agak la …..

serangan nyamuk by you.

Bila balik seremban jer sutra memang kene serang ngan nyamuk…. area umah aku tu memang dah banyak kes denggi dah … harap harap la family aku semua tak kene…. nyamuk area kampung aku tu memang la banyak… sembur ridsect pon kejap jer dia dtg balik… semalam balik seremban harini balik kajang balik…. hamik ko berdass dass kat muka sutra  , aku rasa memang lebih dari 10 serangan kat muka dia… sampai pakai spec hitam la sutra sebab malu muka bercapuk capuk…. skang ni kalau aku pi memana memang bawak sembur tu… bahaya skang ni memacam penyakit bandar….

serangan nyamuk by you.
18 comments

Irish kopitiam la kira nyer….

night setting by you.

Akhirnya dah dapat gak maxis broadband… utk area kajang ni still ok la dia punya line… tak de la slow sangat…. tapi tak sure lagi… mana tau ramai balik kampung masa raya cina ni kan… so maxis bagi 7 hari trial , tgk la mcm mana .. kalau ok, maintain jer la pakai line ni.  Inilah rupanya projek aku layan selama ni kat umah ehhehehe…. apa nak buat kan…..

night setting by you.

Sutra 's chairsemak semak....baru nak idup....night settingnight settingour irish kopitiam bar

15 comments

Irish kopitiam style in the making

Nak setart idup baru ni memang kene kasik selesa sket tempat tinggal kita ni….. mcm mcm nak kene ada, peti ais, mesin basuh, sofa, meja makan , tv nak letak mana? nasib baik aku bawak balik rak tv aku yang dulu dari ivy exchange dublin dulu tu…. kalau boleh bawak katil , aku bawak gak tapi katil tu tuan umah punye kekekek…. plan punya plan…. lepas ngecat ruang tamu ni , baruler rasa selesa sket nak santai santai… kengkawan nak dtg pon leh lepak lepak kat meja bar ni ala ala irish bar kekekek ( takde nghupo pun)  . Konsep kali ni agak serabut tapi cuba simple yang boleh…. simple tu bukan dari segi displayed item tu tapi dari segi layout dan activiti. Oleh kerana dah biasa dulu kat dublin setup bilik tu mcm dalam rumah… so kali ni aku guna sistem yang sama gak ler…. sini la tempat nak makan, nak tgk tv…. kalau nak tido pon buley…. office sementara nak setup opis dalam bilik sendiri, aku letak sini dulu la pc kat area ni… senang nak tgk tv ehhehe…. pastu nak tido pon senang… nak tengok2kan sutra pon senang…..
in the making by you.
in the making by you.
masa ni internet connection pun tadak lagi…. memang mati kutu…. tunggu streamyx masuk tah bila bila la agaknyer… line tepon dah masuk dah tapi bila line tepon dah masuk dpt lak surat bitau kene dok diam diam dalam waiting list…. hmmm bila pi ke kaunter pertanyaan aku tanya bila agak agak nak masuk? depa jawab ntah laaa… … adoyaiii……
in the making by you.
langsir 2 2 tu aku pakai langsir lama dulu sebelum pi dublin dulu…  ni jer ruang yang aku rasa aku akan selalu pakai so ruang lain tu rilek la dulu…. sekian update kali ni setelah lama tak update…..
10 comments

Majlis Aqeqah Sutra Zahra

ROT_4957sss by you.

Assalamualaikum,
Hari Alhamdulillah majlis aqeqah selesai dilaksanakan. Sutra pun tak paham agaknyer apa yang diorang buat tapi insyallah nanti bila dia dah besar… boleh dia nengok balik gambar gambar ni. Sutra pun berperangai baik jer sepanjang perjalanan kenduri ni. Siap gelak pun ada…. Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan kenduri ni daripada pembungkus kuih bahulu sampai la pengumpul tulang kari kambing. Tulang tulang aqeqah perlu di tanam kalau mengikut kata orang tua tua. Alhamdulillah catering yang nguruskan ni pon dah cekap handle bende ni.  Hari ni jugak perabot umah sampai , terpaksa running sorang sorang balik Kajang. Kepada kengkawan Dublin yang hadir… thanks pada korang semua. Yang tak sempat hadir, no worries ek…. next time kita ketemu lagi…. Salam…..

ROT_4957sssROT_5020sssROT_5019sssROT_5018sssROT_5012sssROT_5000sssROT_4981sssROT_4959sssROT_4975sssROT_4971sss

10 comments

Thanks to Putra Venture

ROT_4913 by you.

Salam…. sorry sebab lama tak update…. Bz nak setel down kan…. Bukan senang nak start balik life baru kat sini , memacam bende kene setel. Ni salah satu daripadanya… hidup takde barang barang sendiri ni mcm tak complete la hidup… Sebulan la rasa mcm tu…. bila dah dpt brg barang shipping ni baru la rasa mcm life ada balik…. thank pada agensi yang bekerja keras dan memberikan khidmat shipping barang yang efisyen ni. Thanks to semua staff PV , Abid, Pak Ku dan Leko dan tak lupa pada Fuad sekali …. Barang dah selamat sampai… ada barang yang sejuk lagi tuhhh ehhehehe…..  Kepada yang ada plan nak balik mesia from Dublin…. Jangan segan dan silu… contact jer diorang…..

Sampai jer barang, kitorang terus selongkar mcm selongkar hadiah dari santa claus ehhehehe…

ROT_4910 by you.
No comments

Persandingan Bert & Nas , Johor

ROT_4625sss by you.

Harini sempat amik sket gambar Bert n Nas kawin di Johor…. Nak story masa takde… dah nak checkout hotel ni… so nanti tunggu gambar gambar nanti aku upload utk tatapan kengkawan semua kay… Ronda ronda JB memang best sebab dah lama giler tak pi JB. Sebelum pi Dublin dulu last pi….. Banyak gak amik gambar… nanti insyallah aku upload…..pasni ada sibuk sket sebab nak pindah umah ke Kajang….

ROT_4613sss by you.
ROT_4762sss by you.
Sutra bz telepon sapa ni? ehhehehe
11 comments

Welcome to Malaysia… hehehe

Harini aku ngan serap tunggu depan pintu kontena…. alhamdulillah semuanya selamat….

ROT_4229sss by you.
ROT_4240sss by you.
10 comments

Little Monster for SALE…..

Salam….
Banyak beno projek nak kene jalan lately… heheheh  so keta kesayangan aku ni nak di letgo… dah iklandah dalam classified merata…. alang alang sebagai kenangan, iklan kan gak la dalam ni hehehe…. dah puas gak ler aku bermesra dengan keta ni… maybe sampai masa utk bagi orang lain yang berminat merasa… kuasa kuda tak tinggi… 188bhp jerk running stock… takde toyol. Yang ada Electronic Valve Controller atau EVC1 HKS… kalau teringin nak up boost… tokan jer high boost , terus ringan jer tokan sampai 1 bar … hmm kang aku sembang teknikal kang aku sendiri tak paham kang…. so kepada yang berminat, boleh la masuk meminang…… heheheh

Mazda 323 Inteplay 1.8 Turbo

This is the specs:
Price:  RM 24 000 Neg
Reg. year: 1992
Mileage: 150 000 - 159 999

Mazda 323 Inteplay 1.8 TurboMazda 323 Inteplay 1.8 TurboMazda 323 Inteplay 1.8 TurboMazda 323 Inteplay 1.8 TurboMazda 323 Inteplay 1.8 Turbo
Colour : white ( masih berkilat 2k) WELL MAINTAIN…..
Engine : B8 180bhp
Trans : Manual 2wd
Sunroof
Rims : 17inch CE28 design rims bronze

Exhaust : HKS superdragger , piping 2 1/2 inch
Bodykit : fully 210 bodykit, grill, spoiler, skirting, bumper , bonnet …. complete!!!
Interior : fully 210 half leather seat

XTRA :
HKS EVC 1 BOOST CONTROLLER
BLITZ AIR FILTER
BLUE NGK CABLE PLUG
AROSPEED GROUNDING SYSTEM
FLAME THROWER
MAZDASPEED STRUT BAR

I need only serious buyer. Call me if need more info’s.
Reason for selling : to many 2drs car in my garage rite now….

Call me if really interested…. 012 5358776
NO SMS please…..

you can find the same ads in mudah.com >>> http://www.mudah.my/vi/1496478.htm?ca=9_s

Salam….

3 comments

Salam Maal Hijrah dan Selamat datang 2009

Salam semua….

Rasa mcm semalam jer aku tgk surat khabar tgk result pertandingan melukis bertajuk Malaysia Tahun 2000…. ehehhehe dah nak masuk 2009 dah nihhh…. sepanjang 2 tahun lepas , aku celebrate new year kat Dublin…. dan skarang… aku celebrate kat mesia dah? Aku tak buat apa dan tak pi mana…. duduk umah tahan ngantuk. Mata dah kuyu… dulu masa kat  sana , selalu berangan kalau aku ada kat mesia… aku nak pi dataran ker , memana la tempat yang happenig utk amik gambar… tapi skang bila dah kat sini… eheheheh cukup malas betul nak kuar. Sementara ni duduk seremban…. so lagilah tak celebrate apa apa pun.  Orang seremban semua tengah berkabung 40 hari sebab Tuanku Jaafar mangkat. Alfatihah…..

Last Lunch at the Cube by you.

Tahun 2008 kali ni ditutup dengan bermacam pengalaman yang tersimpan. Ya… yang paling bermakna sekali ialah pengalaman bekerja di luar negara. Memang seronok dan thrill habis ler… Pastu xploration aku dalam bidang photography bersama rakan rakan. Memang tak dpt dilupakan.

graf2 by you.

Kepada semua pengunjung blog aku ni yang tak putus putus melawat dan memberikan sokongan… terimakasih aku ucapkan. Setiap bulan ada jer peningkatan traffic masuk dalam blog aku ni. Tapi bulan December memang slow sket sebab aku balik ke tanahair dan belum seteldown 100% lagi. Insyallah bila aku dah setel semua nanti… aku akan update mcm biasa dengan cerita2 di Malaysia pulak….

Bermulanya tahun 2009 bermakna bermulanya life aku di Tanahair kembali…. harapan aku dpt meneruskan kehidupan d sini seperti biasa… insyallah…..

1 comment