Archive for February, 2009
La-breithe mhaith agat Tasha

Ini merupakan birthday Tasha yang ke 3 , housemate sutra kat Dublin dulu. Julung2 kalinya kami ramai ramai yang baru balik dari perantauan berkumpul di rumah Aliff n Ija. Oleh kerana mungkin cuaca panas…. kitorang semua dtg lepas maghrib walaupun jemputan start kul 4. Sorry ler tuan umah sebab lewat sampai. Aku pun bz sket petang tadik dan terpaksa dtg lewat… heheheh. Tak sempat pun nak bual panjang ngan parent korang sebab kene running pi umah member sat kat Subang. Nanti kalau ada masa kita sambung borak… Terima kasih tuan rumah…..
La-breithe mhaith agat Tasha bermaksud Selamat hari jadik tasha…. dalam bahasa tempat Tasha dilahirkan.
2 commentsNadi baru , nafas baru, azam baru… wawasan baru

Harini sempat menjenguk jenguk hospital RE ….. nak tengok gak cara dia buat keje. Kemas gak dia buat, maklumla… doktor pakar… So dpt gak aku menyaksikan detik detik bersejarah ni. Bagi yang tak minat kereta mungkin feel dia lain sket, tapi mcm aku ni dah sebati dah ni, bila saat saat ni berlaku, memang aku appreciate this moment. Boleh nampak kereta tersenyum lega. Cuba bayangkan cerita CARS heheheh mcm tu laa…. blog aku ni dah jadik blog bengkel dah skarang…. hehehe maklumla skang ni bz dengan job job architectural dan job job photography buat masa ni aku hold sat. Insyallah nanti ada balik. Layannnnn…..


Rotary Engine is Dead….
Salam, Apa nak buat…Malang tak berbau…. lepas kereta di endorse, jumaat haritu, tak sempat nak pi bengkel utk tukar minyak itam. Isnin semalam dengan berbekalkan engine oil terus pi. sebab dah jadik rutin la kan, kereta baru kuar servis la apa yang patut , tukar belting dah buat dah. Minyak itam terlepas pandang plak. Tak sangka pulak sekejapan habis…. on the way tu terus breakdown. Bunyik dia breakdown masa gerak tu sungguh ngeri… bunyik mcm bunyik paper shredder yang nyaring… Bagi pengguna2 rotary, ini mungkin satu mimpi ngeri, dan aku tak terlepas dari melalui mimpi ngeri tu. Terduduk dan termenung aku lepas tu. Sayang la kan.. enjin meninggal… jauh jalan enjin ni dari Dublin dan pernah di Rebuild sekali di UK dan condition mat saleh buat kerja memang cantik dan teliti… sampai sini hancur sebab kesilapan sendiri. Sob Sob…… Tadik pi sat hospital RE , memang satu brg pun takleh pakai. Ini juga first time tgk enjin aku kene barai sekeping sekeping, selalunya enjin seketul, tapi kali ni enjin selapis selapis mcm kuih lapis… pasni leh bawak balik utk buat frame gambar…… Enjin ni langsung takleh pakai dah. Selalunya kalau orang overhaul, kos utk overhaul RE ni bersamaan dengan bawak masuk seketul enjin baru…. apa nak buat terpaksa la. Takde rezeki. Pengajaran utk aku gak. Pening pening….. harap harap la enjin baru ni sihat….
14 commentsRE on the road…..

Akhirnya alhamdulillah segala proses selesai . Semalam pi JPJ pi carik nombor…. Mula mula pi la Shah Alam nyer JPJ… opsss tersilap, itu utk plet Selangor daaa , dah pi plak Wangsa Maju…. dpt no W…. Keyy elll la katakan… wakkakaka…. Urusan beli nombor pukul 245 petang. Bila dah dpt nombor tu baru la pi buat plet ekkeke… nombor takleh declare la nanti along bukit beruntung carik pulak. Lepas buat plet, teruih dengan seronoknyer pi bengkel member aku kat USJ, Gobek nama dia. Banyak tolong aku mantain keta. Rasa sedey jer bila turunkan plet ireland utk masuk plet baru… rasa mcm ada aura baru… Pastu terus buat aircond… bayangkan keta ni masuk UK 2002 dan kluar UK 2008…. 6 tahun keta ni takde aircond sebab aircon semulajadi lagi kuat. Pasni semua urusan aku dah setel… lega kepala otak tak tau nak kata apa….. Boleh kosentrate keje… kekekeke….
14 commentsJamu mata kejap
Sambil2 keje tu, kekadang kene gak jamu mata, kasik relax…. bila balik dr negara orang ni la kan… satu bende yang best ialah bila kita dpt tgk balik gambar2 kita . Beratus ribu snapshot aku dah amik rasanya… tapi kali ni aku jamu mata tgk area opis aku kat Dublin… tenang sungguh… oleh sebab tu aku nak share sesama gambar2 yang aku dah amik di sana……enjoyyy
No commentsSelamat Hari Jadi Emmy
Selamat hari jadik la emmy… semoga tahun ni kita dpt mencapai apa yang kita rancang insyallah. Semoga Allah memberkati segala usaha kita. Tahun ni hadiah yang paling besar ialah kepulangan kita ke tanah air…. itu rasanya hadiah paling besar… kita dah dekat dengan family, takde masalah nak carik makanan, sutra dpt main puas puas kat laman rumah, kluar rumah takyah pakai baju tebal tebal, boleh raya kat mesia lepas 3 kali beraya di perantauan. Selamat hari jadi…….
Thanks kat udey… dtg join celebration kecil kecilan ni ehhehehe
9 commentsSabtu sudah…….
Yer ker harini ni Valentine? oowwhh ye ker… sori ler aku tak layan la… kalau muda muda dulu aku layan pun masa skolah menengah, masa tu tak tau ape ape.. pastu bila rasa salah jer menyambut tu terus tak mau tau…. 2 hari lagi birthday wife aku. Cukuplah sekadah aku sambut birthday jer sebagai tanda mengingati teman hidup aku. Gaya hidup masakini makin lama makin bz, akibat permintaan buat kerja kerja design yang tinggi. Tak cukup tangan nampak gayanya. Oleh kerana buat masa ni still freelance, insyallah ada masa dan tenaga utk mengusahakannnya. Aku banyak habiskan masa harini duduk depan pc buat 3D la , guna Sketchup. Entah kenapa aku seronok buat bende ni. Dari dulu lagi. Sambil buat model , aku mendesign ikut citarasa aku, secukup rasa, kalau tawar, tambah garam sket. Bila penat, rilex jap amik gambar , kalau takde idea, makannnnn laaa… ni pon ada rasa lapar ni…. sebelum tu just nak tanya sesapa berminat nak share dana beli software slide show utk flash dan boleh masukkan dalam blog, contact la aku yer. Nak beli sorang mahal ler.. kalau share mungkin leh kurangkan beban sket….. ni hasil slide show tu….. tapi masalahnya trial ni ada la DEMO MODE tu kan… sendrey mau ingat… itu la kalau ada kengkawan berhajat nak sharing beli, rege dia USD199… tong tong la. Aku rasa senang pakai software ni. Cara nak masuk dalam blog ada di ajar, cara buat pun simple. Kalau nak share ilmu boleh jer insyallah. Ilmu dan info tak elok sorok sorok… yang mana rasa leh kongsi kita kongsi. Utk kesenangan kita kita jugak kan……. ok , kasik roger la kalau berminat nak share…..
6 commentsSutra menyarung kembali uniform dia…..
Kuang kuang kuang….. takde kije la ni….
Keje tu ada tapi saja nak tgk dah tahap mana dah pencapaian budak ni….. dulu bukan main banyak lipatan , skang ni sekali lipat jer dah lepas dah… ehehhehe tak sabar nak tunggu dia besar sket , leh jalan dengan betul dan boleh drive gokart kecik kayuh kaki punya…. heheheh takpe tunggu….. pejam celik pejam celik dah besar budak ni. Overall ni beli kat carboot sale , Crumlin Belfast. Murah 8pound jer. Tah sapa la jual agaknyer…. elok lagi plak tu… rezeki kan nak wat cemana…. tu yanga ku suka nak pi car boot sale. Bende yang tak patut murah boleh jadik murah….. ehhehe
Seniman Jalanan
Salam semua pelawat blog aku..
Actually aku ada plan nak masukkan gambar gambar semasa di Ireland dalam blog ni yang mana tak sempat aku upload dulu. Maklumla, tangan gatal main snap jer kan. So banyak gambar yang tak release utk di kongsi bersama….. kat sini pulak aku kurang amik gambar lately sebab bz memanjang. Pastu tools yang aku nak pon belum ada lagi… mungkin tunggu rezeki lebeh sket baru sauk kot…. So apa yang boleh aku buat skang sambil2 melepak kat rumah ni ialah dengan selak balik gambar gambar lama dan pilih yang mana nak edit dan buat cerita. Ok kan? Sememangnya masa kat dublin dulu memang banyak masa utk layan hobi photografi ni. Cuma rezeki jer tak panjang kat sana… kalau tak , memang boleh jer amik kelas ker apa ker yang patut sana…. Gambar aku nak tunjuk ni maybe ada yang dah tgk dalam blog aku version awal awal dulu tapi aku dah tukar sistem blog so rasanya mcm dah delete… so aku kluarkan balik gambar ni yang sememangnya memang ada dalam flickr gallery aku…. Masa ni pakai Canon 450D memang best.Masa tu bulan June 2008. Aku suka sebab masa tu aku baru baru belajar dan ianya user friendly. Dia punya control panel pon senang paham. Beli lens 50mm f1.4 masa tu memang terbaik. Di situlah aku mula belajar slow slow bab camera ni. Seronok…. kebetulan ada pesta / pertandingan street performance show….. so masa ni sesuai sangat nak pi shooting. So ni lah hasilnya…. Enjoyz….

Sutra yang baru 6 bulan
Dublin at night flashback………
Tadik Udey datang umah jap… tq bro…. sempat jugak tunjuk gamba2 kat Dublin dengan video clip kat dublin. Bila Udey balik jer… aku leh sambung balik nengok gambar2 lama nih pulak… plus dengan lagu irish. Memang melekakan aku. Browse gambar gambar ni memang best. Dah mcm album. Zaman skang ni tak mcm dulu…. album dulu semua dalam buku…. skang ramai memilih simpan jer dalam pc. Tapi masih ramai yang menjadikan album sebagai hardcopy yang HARUS. Tak kira cara mana pun, tujuannya sama, supaya dpt recall balik nostalgia. Sini aku nak ingatkan kengkawan dan diri aku sendiri sebelum apa apa berlaku…. kalau gambar-gambar yang ada dalam hard disk tu, simpan la bebaik dan buat back up. Nak selamat buat la dvd . Biar rugi beli banyak dvd nak masukkan 1Terabyte tu janji nostalgia dalam tu tak ilang… aku ni ha tak buat buat lagik ni…. risau tu memang risau… masa belum mengizinkan… dengan harapan bila aku dah bikin posting ni, cepat cepat la buat…. mana tau HD tu fragile… kot terhentak sket jer boleh kong woooo…. dulu banyak kali jadik… orang kata belajar dari pengalaman lepas hehhehe… ini ada sikit slide show sambilan lagu group Dubliners … School days over. Antara lagu yang aku suka . Santai habih la lagu ni. Rasa mcm ada kat sana…… enjoyzzz……
jangan lupa click play tu ehehehhe
1 comment



























