azral ramlay

Archive for April, 2009

Berlinetta vs Efini

group photo for today by you.

Salam….
Cerita nya memang panjang. Planning pun kejap jer so shooting kali ini aku kalau dpt 2-3 pics yang cun pon aku dah lega dah. Ok ler, dpt la jugak banyak shot yang potential utk aku publish. Planning asal kul 6.15am kat bukit viewing point tu akhirnya bermula pukul 7  gak….. kelam kabut sangat… tapi sempat gak ler shoot. Latih tubi kali ni di sertai oleh bebrapa group antaranya Epik, Rupajiwa dan juga thePhotographer.  Model kali ni akan shooting dengan Ferrari F355 Berlinetta ( thanks nazray ) dan juga Mazda RX7 EFINI ( thank to Wayne ) . Saja nak lagakan 2 kereta kuning ni . Memang susah nak laga 2 kereta ni. Next time maybe kita buat satu kereta jer kot ehehehe. Apa pun semua nampak enjoy layan latih tubi kali ni. Insyallah kalau ada lagi nanti aku update lagi pics pics yang gerek gerek erk…. Thanks pada semua yang hadir sama sama kongsi ilmu.  Thanks to Fuad, shida n shera .

f355 berlinetta by you.

ps: sapa makan roti canai kat restoran kat langat tu yang terkena cirit birit tu aku doakan semuga cepat sembuh eehhehehe… nak tau sapa ? biar org tu ngaku sendiri…. hehehehhehe

the beast drama minggu ini ferrari F355 berlinetta shera and rx7 group photo for today shera and f355 berlinetta f355 berlinetta shida....... Big Group Photo

10 comments

Ferrari F430 photoshoot revealed! by 3AFR

Ferrari F430 by you.

Salam , oleh kerana majoriti dah selesai update, tiba masa utk aku update kerana desakan yang teramat sangat. Aku pun tak sabar nak share snapshot aku plak. Selepas berpanas dan aku siap dpt aduan dari model yang dia dah gelap sket , tiba masa utk aku reveal hasil kerja aku kali ini.
Fly and Asraf ambush F430 by you.
Latih tubi “panas” ni bagi aku ialah satu yang berjaya walaupun ianya adalah pertama kali utk kami mencuba. Latih tubi kali ni mcm biasa la organizer la katakan…. idea dari aku dan Nazri dan dijayakan di atas  usahasama 3AFR dan juga EPIK.NET . Nazri parti bebas ehheheheh.
Ferrari F430 by you.
Selepas study teknik teknik CLS , alhamdulillah serba sedikit dapat memberi idea kepada aku sendiri tentang shooting kali ni. Kereta yang seksi ni dipadankan dengan model muslimah, merupakan satu scene yang aku rasa jarang berlaku. Sebab aku tak pernah tgk pun exotic car mcm ni dipadankan dengan wanita muslimah ala ala pi kerja naik keta exotic.
Shera by you.
Gabungan warna  Ferrari F430 ni dengan leather seat merah dan baju yang dikenakan oleh model amat kontras sekali dan menimbulkan semua yang tenggelam. Campur tangan Fuad AF kedalam scene ni menambahkan UMPH pada keseluruhan projek kali ni.
Fuad close up by you.

Ferrari F430 by you.

Tahniah pada semua yang terlibat. Dan jutaan terima kasih pada Nazri dan Shah aka PROP. Korang sporting habis termasuklah bangla guard tu sekali. Patutnya aku mintak bangla tu posing ngan shera la… ehehhehe. Konsep muka serius bagi aku adalah lebih sesuai dengan tajuk kali ini . So model dipaksa buat muka serius dan marah kalau boleh…. ehhehehe tapi bukan senang, asal nak serius jer, ada ajer yang buat lawak spastic…. ish ish ish……. thanks gak kat kawan si Fly ni aku lupa la nama dia…. nanti kalau ada lagi, suruh fly sound… leh join lagi kay….thanks for coming….
Ferrari F430 by you.
Akhir kata… insyallah satu lagi shooting akan diadakan dalam masa terdekat. Dan kalau ada kekosongan, boleh lah aku war war kan. Bukan apa, model sorang kalau ramai sangat nanti sah sah model keletihan nak pose. Bukan senang wooo…..  So kalau ada sesapa yang berminat nak hire Shera utk shooting korang, contact aku personally dan nanti aku akan sampaikan pada dia. Satu opis daaa……
Group Photo  by you.
Tahniah sekali lagi kepada semua dalam gambar diatas..(group photo by Fly, thanks) kepada yang nak join tapi tak dpt tu, jangan kecik hati…. sessi kali ni lebih kepada eksperimental, insyallah sessi lain yang lebih proper akan kami anjurkan. Just stay tune wokey…..
Enjoy the pics!!!
more at:

http://zulkefly.epikt.net/

http://fuadrazlan.blogspot.com/

http://www.nazray.com/

15 comments

Cannot tahan one ……. F430 : Teaser

Salam….
Hari ni aku dan kawan kawan melangkah satu step lagi ke depan setelah successnyer shooting utk wedding Zetty n Daniel last week. Kali ni first aku dpt duduk dalam Ferrari F430. Sumpah aku jakun… aku ngaku siang siang la erkk….. First time duduk dah first time rev , henjut satu kali ( tekan pedal jerkkkk) pun dia punya pengalama dah priceless… thanks to Nazri and Sham. Kali ni juga kitorang shoot model… so ada 2 model la satu model Ferrari dan satu lagi model orang… wanita muslimah… ehehhehe utk posting kali ni aku nak beri laluan pada kengkawan lain utk update dulu…. sebab selalunya aku yang update dulu…. kali ni kita kasik laluan dan bila semua dah update, aku plak la update heheeheheh … wey korang…. jalan dulu aaaaaa……. jangan segan2 , silakan……

so pada pengujung blog photo aku ni, tunggu posting aku yang seterusnya nanti…. tungguuuuuu……..

me and F430 by you.
9 comments

Cutting

Parnell Street  by you.

Salam, sekarang ni aku masih dalam proses utk biasakan diri aku semula utk ikut rutin harian bekerja. Cabarannya ialah selalunya di waktu pagi masa nak pi kerja dan balik kerja…. memang mencabar. Aku rasa kalau orang irish di suruh duduk sini sure tertekan. Itu belum cerita bab cutting que… memang menyakitkan hati tapi apa nak buat. Kesedaran takde. Nak bebel pon tak guna. Aku bukan nak compare negara kita dengan europe, ada lagi contoh contoh perangai manusia sebegini dan salah satunya pak arab. Kalau bab cutting tu bukan main brutal. Org mesia still ok la kiranya walaupun dah aku hon, tau pulak dia tutup telinga. Tapi perangai cutting que ni memang memeritkan. Tah apa yang dikejarkan aku tak tau ler. hujung hujung nak pi stesen minyak depan tu jer haaaa…. alahai.  Ingatlah kepada kaki kaki potong que…. sekarang ko buat pada kita , satu hari nanti orang akan buat pada ko dan masa tu baru la rasa.

Pakcik kat Moore Street by you.

Sini jugak aku nak bagi tips utk elakkan dari disakiti hari hari dengan orang yang potong que…… kita cuba pikirkan yang kita ni hidup aman bahagia, dan hati senang, takde bende nak dikejarkan, dan senangkan lah hati utk bagi laluan bila ada orang nak masuk que. Insyallah satu hari nanti dan lama kelamaan kalau sifat2 begini diamalkan, insyallah kita akan alert yang orang selalu bagi kita laluan. Walaupun bende ni kita susah nak dpt hasilnya segera dan susah nak nampak, tapi percayalah, selepas beberapa kali kita buat bende ni, kita akan nampak orang buat baik dengan kita pula….  walaupun aku kekadang terlepas geram dalam kereta sorang sorang, bukan apa, masih nak membiasakan dengan keadaan. Kalau kita kedekut nak beri laluan, nanti kita akan perasan orang semua kedekut nak beri kita laluan. Tenangkan hati dan relax bila driving….  duduk di Dublin benyak mengajar aku bende bende ni. Pi kerja kekadang jalan kaki kekadang naik kereta. Kalau cuaca ok, jalan kaki la. Dan bila jalan kaki tu memang takleh nak laju mana dah….tak pernah pon berlari. So masa tu banyak uji kesabaran. Sama jugak di Malaysia, kalau tpt yang kita nak pi tu within walking distance, jalan kaki ajer lah. Masa pi kerja balik kerja naik kereta dulu, walaupun jem, driver yang lain teramatlah sporting. Selalu beri laluan. Aku perasan bende ni sebab aku pun beri laluan pada orang yang nak cepat… dengan kata lain, ber’alah’. Sekian coretan malam ni….. semoga kalau ada yang bagus, boleh diambil dan kalau tak bagus dan releven tu, anggap la aku borak kosong ajer ehehehehhehe

Slannn Abheile….

14 comments

Alive with adrene’rain’

Hari ni penat… bukan apa… penat mengejar tiket last minit… penat jalan dan panik heheheh semua ada… memang adrenaline rush lah….. nak cerita pon tak sempat… nanti bila gambar dah siap semua den upload satu satu kay… Overall….. best tapi lagi best kalau race start awal… bila hujan , atleast ada masa utk sambung…. skang start kul 5 , belakang hujan… pastu nak start race balik takleh sebab dah golap heheheheh….. dah la skarang dah pakai slick tyre balik… hamik….. kantoi saja semua … ok stay tuned…….

Here comes the rain!!! by you.
Tower Stand…… Sepang GP 2009 ( aku menapak dari C2 Hillstand sampai la sini)
Ferrari Paddock by you.
Ferrari Paddock by you.
Petronas by you.
Petronas by you.
6 comments

Mia’s First Birthday

ROT_7276sssweb by you.

Terimakasih kepada Izwan n family kerana memberi peluang utk cover photo birthday anak dia yang first Milya Ireyna…. Ireyna tu agaknyer ada bunyi bunyik Ireland tu sebab baby ni lahir sana. Ramai jugak kengkawan yang dtg . Makanan sedap sedap. Banyak giler makanan.. tapi yang paling aku suka…. strawbery Dato K ekekekekke…. Alaaa choclate Fountain tu pastu cicah ngan strawberry. Lazaatt….. anyway… tahniah pada Izwan nan Tesha…. semoga dapat mendidik Mia menjadik anak yang soleh insyallah…….

ROT_7187sssweb by you.
ROT_7189sssweb by you.
No comments

Mcm mana nak kenal?

tshirt 3afr by you.

Salam semua,  ahli2 3AFR kini telah mudah utk dikenali. Jika anda ternampak individu yang memakai baju ni, anda merupakan orang yang bertuah kerana berjaya bertemu dengan kami kerana selama ini hanyalah bertemu di dalam blog. Hadiah percuma akan diberikan iaitu senyuman dan salam. Sila bertanya apa saja berkenaan pekej yang kami tawarkan pada individu2 ini.  kuang kuang kuang….. Jangan malu utk bertanya. Tapi jika kami On Duty dan kurang perhatian pada pertanyaan anda, diharap anda tidak terasa hati kerana kami terlalu commited dengan tugas kami kerana setiap saat adalah sangat penting dan jika kami terlepas sesuatu momento, ianya membuatkan kami tak tidor malam, mandi tak basah…… mak ai aku merapu pepagi ni…. kekkekeke

Custom album 3afr by you.

Jika anda ingin membuat pertanyaan berkenaan pekej yang ditawarkan, sila berhubung dengan saya di talian 0125358776 . Dibawah ni ada sample Custom Album bersaiz 7.6 x 7.6 yang akan direka khas dan diberikan secara percuma jika anda membuat tempahan utk bulan April dan May.

Custom album 3afr by you.
9 comments

It has begun……

countdown sepang by you.
sempat printscreen countdown ni beberapa saat sebelum bermula… ehheheh
5 comments