Hari last bersama kawan2 di office…..

Harini memang sedey gak… sori la kat korang asik baca pasal cerita sedey jerk … nanti aku balik mesia , tak pun istanbul nanti aku cerita bende yang best best erkkk.. insyallah kalau ada line baek punya…. leh aku upload dan share pengalaman masa berada di situ nanti…. memang berat rasa hati nak tinggalkan opis best ni…. lebih lebih lagi biler aku book utk 15orang jer…. tapi yang dtg 22 orang…. seronok la jugak dan terharu ler…. jap lagi ada tetamu nak dtg….. terpaksa stop memblogging…. kita jumpa lagi insyallah kalau sempat esok… or kalau tak… jumpa di Istanbul……
No commentsMalam last kami di Ivy….


Malam ni adalah malam last kami di Ivy sebagai housemate bersama aliff n ija…. thanks to aliff and family atas segalanyer….. halalkan makan dan minum…tersalah kata tersinggung ker… moga moga kita leh jumpa lagi di malaysia… kami menerima kunjungan dari family epi dan family md shuk…. thanks kat korang sebab dtg. Satu bende yang aku suka kat dublin ni ialah tradisi kunjung mengunjung dah menjadi satu kemestian bukan sahaja bila ada kawan nak balik… tapi boleh katakan dalam satu bulan tu ada ajer aktiviti… memang seronok sebab kita semua kat sini family jauh di mata….. so sapa yang ada kat sini semua dah macam family….Semoga friendship kita semua kat sini berkekalan sampai bebila……insyallah…..
No commentsSlann Grafton Street…….

Aku rasa tadi baru jap tadi , last aku jenjalan kat Grafton Street …. sambil mendengar dendangan lagu Raglan Road oleh Dubliners…. dalam tu dia ada sebut…. On Grafton Street in November… sedih sebenarnya ni… sebab sini lah tempat aku carik makan utk sara anak bini selama 2 tahun lebih…. skarang aku kene tinggalkan tempat ni dengan beribu ribu kenangan pahit manis… banyak aku belajar bila duduk negara orang carik makan… satu pengalaman yang aku rasa susah nak dpt. Hanya akan dengan kesungguhan berusaha dan juga dengan izin Allah. Nasib aku mungkin baik kerana diberi peluang utk bekerja kat Ireland ni. Aku merasakan bumi irish ni memang menarik dan selesa. Orangnya semua baik baik… even anak doll pon baik.. kalau terlanggar pon masih boleh ckp sorry. Namun aku masih bersyukur kerana bumi Malaysia yang bertuah telah memanggil utk pulang…. Memang aku dpt rasa dan mendalami peribahasa melayu… hujan emas dinegeri orang… hujan batu negeri sendiri. Orang di Malaysia mungkin ada yang merasakan bestnya kerja kat oversea nih…. best tu memang best… tapi jangan lupa yang tak best punya part.. asik citer best jer kan… banyak segi…. makanan, kebebasan, nak balik kampung jauh wooo… dah kira macam takde kampung la senang. Tapi kalau ada peluang utk kluar sekejap dan kerja, teruskan dan ambillah pengalaman yang jarang kita dpt seumur hidup nih…
Secantik cantik bumi irish ni… cantik lagi bumi negara sendiri. Malam ni aku akan tinggalkan rumah Ivy Exchange dan akan tumpang sat di rumah asraf. dan sabtu ni aku akan berangkat pukul 2.30ptg ke airport sebab flight ke istanbul pukul 5.30 ptg. Bila aku dengar lagu2 ni memang rasa irish. Bila lagi nak dtg aku tak sure sebab rumours mengatakan ada 11 negara dalam europe akan buat law baru iaitu semua kene ada Visa utk masuk europe… termasuklah ireland. Tahap mana kesahihan nya aku tak pasti . Ini kerana ramai sangat orang luar yang overstay kat EU ni utk kerja tanpa permit. Apa apa pun law diorang, aku pun dah nak balik dah ni…. harap harap takde la ketat sangat sebab nak jugak bawak sutra ke sini satu hari nanti bila dia dah besar….
2 comments
Gelabah seluruh jiwa…
Salam semua….
semalam hari paling gelabah dalam hidup aku kat ireland ni aku rasa… setelah aku plan semua journey aku utk balik mesia… singgah istanbul… utk amik gamba cantik2… tetiba petang semalam d300 aku ‘rosak’ …. bende yang sama terjadik kat Fly haritu… ni link dia http://zulkefly.epikt.net/?p=357
Semalam ada farewell dinner kat umah kitorang.. gambar tak upload lagi sebab semalam memang mood aku hancur berkecai…. sebab camera rosak… nasib baik aliff nyer camera ada semalam utk capture moment2 last tu….ada la gamba kan…..
Then hari ni mcm mcm aku pikir… nak beli camera baru ker…. aduhh… kalau nak pulang under waranty, surat2 waranty semua dah masuk dalam storage kontena dah nih… memang la tak sempat… Akhirnya , Allah nak tunjuk dan suruh kita ingat kat dia selalu…. harini aku godek punya godek, aku cuma tukar folder name tu ke nombor lain… terus boleh snap dah.. aduh lega… aku ingat rosak… ini bende ni tanya kedai pon aku rasa dia takpek setel ni. Shukran shukran…. so boleh la aku teruskan balik menceriakan mood … Alhamdulillah…..
Nanti gambar2 Dinner last kat ivy nanti aku akan masukkan dalam blog ni kalau sempat…. la ni tinggal sehelai sepinggang jer kat Ivy nih….. Thanks anyway kepada semua yang hadir…. moga moga kita berjumpa lagi di lain waktu…. insyallah…..
Selesai babak pertama


Babak pertama telah bermula…..
Semalam tido pukul 5pagi gak ler nak packing brg2 ni… pastu kene pi keje.. pastu sambung halfday tu lagi beli lagi barang sket last call. Pastu start petang semalam dah final check semua dan ready utk diangkut ke storage kontena. Penat taklehnak kata… tapi sempat la tido 15 minit jadik la kan… pastu dalam pukul 9pm Putra Venture nyer lori sampai pastu bermula la kerja gotong royong , ivy exchange jer dah penuh satu lori… ada 4 family… nasib baik muat muat satu lori utk first trip… ramai gak yang membantu…. especially member2 ummar , kene belanja diorang makan malam ni nih… then lori brg ni dibawa ke storage sementara kat Finglas. Tpt ni mcm sewa space utk brg2 le ni sebelum diorang akan masuk ke kontena betul nanti. Pastu second trip sambung umah Halim, najib ngan izwan. Gotong royong ni habis kul 430 pagi mcm tu ler… pastu nak carik mamak takde… hapa pun takde time2 mcm ni…. perut lapar giler sebab tak makan… nasik baik isi perut sket kat umah halim makan karipap. hehhehe… itulah update utk harini… so skang aku , emmy sutra tinggal sehelai sepinggang… 2 ketul beg besar , 2 beg galas , sama mcm aku dtg dublin ni dulu.. beg yang sama…. takde terlebih… kecuali sutra ngan strollernya…..
Kami memang bz skarang…

Salam semua…… sedih tu sedih la tapi ada gak bende2 lawak disebalik kesedihan nak meninggalkan ireland ni….banyak bende2 ajaib berlaku semasa proses packing nih….. fuhhh penatt…. paling aku lawak sekali ialah terciptanya seekor Alien hasil ciptaan aliff… dia bungkus apa tah sampai jadik odd shape habis…. un identified strange object.. ehhehehe tak tau ler putra venture leh terima atau tidak alien ni sebab dikhuatiri akan beranak di dalam kontena dan memparasitkan semua kotak2 lain heheheeh….. aksi sutra meneran tu sian gak aku tengok.. tapi lawak pun ada, nak taknak utk jadikan kenangan, aku snap la gamba dia meneran ehhehe… so inilah cerita dan gambar sekitar proses packing utk balik mesia…. enjoyzzz…. ehh lupa plak, semalam aku dpt toys baru… lens pertama aku wkakakak selama ni lens pinjam orang…. thanks la pada semua yang contribute pada aku lens diorang, budi korang tak dpt dilupakan…. skang aku dah ada lens sendiri… boleh la aku bebas nak pi amik gambar…. lens baru tu lens Tokina jer…. cap ayam…. tapi wide lens 11-16mm f2.8 …. khas utk amik gambar dalam blue mosque hehhehe….. sekian….

Our last lunch at The Cube and dinner at Roebuck Castle
Hari ni ada jemputan dari 2 family kitorang yang terdekat di Dublin ni. Aku pernah mention dulu yang dekat Dublin ni paling best sekali ialah bila di ajak dtg makan. Memang makan saja kat dublin ni. Asal ada weekend jer ada ajer orang buat makan makan. Hari tu Ucop tinggalkan ireland, makan umah naza.. kali ni kitorang plak nak tinggalkan ireland…. makan umah ucop pulak. Tengahari makan umah rozai linda, malam makan umah ucop. Kalau di kira kira malam tadi punya ramai… yang ramai tu yang nak balik… yang tinggal rasanya dalam 3 4 family jer kot yang lain semua akan kluar ireland… sedey gak bila nak tinggalkan Roebuck castle tu malam tu sebab kat situ dah macam “port” melepak geng geng arkitek dan geng geng bukan arkitek gak.
Thanks pada Rozai n linda utk lunch yang sedap. Walaupun rozai demam… tapi bila layan dia buat lawak … nampak mcm tak demam jerk….. borak ngan rozai ni memang best… nak cerita pon tak sempat sebab nak sambung packing ni…. Thanks gak pada Ina ucop dan mereka yang membantu masa dinner umah diorang.. terharu sungguh dengan layanan korang. Semoga satu hari nanti kita leh bergathering dan berbbq kat mesia nanti. Insyallah. Port dah ada ehheheheh……. Melangkah aku kluar dari umah ina ucop, datang satu feeling yang malas nak layan. Iaitu feeling yang memberitahu yang aku tak bila lagi nak dtg tempat tu. Itu la kali terakhir rasanya aku jejakkan kaki ke situ.
Bye bye The Cube n Roebuck Castle.
Kepada yang masih stay di Dublin ni… all the best utk korang semua…. buat sehabis baik guys… ingat ingat kitorang yer… jangan lupa lawat blog aku ni. Insyallah kalau ada apa apa event kat Malaysia nanti kitorang update…. stay keep in touching… ehhehe
ps: kepada kengkawan yang nak download original file, boleh pi ke flickr site aku kat address ni.
http://www.flickr.com/photos/azralramlay/sets/72157609123689194/ gambar2 kat bwh ni takleh download sebab memang takleh save as ehehehe…
Mari cuba nasib
Bukak blog udey tadik… ada pertandingan photo tajuk dia happinest…. kalau menang dpt camera. hmmmm udey ckp kalau menang dia nak bg bapak dia pakai.. mungkin sebab niat dia baik…. chances nak menang tu tinggi la jgk… so takde caralain dah .. aku kene gak pasang niat baik baik ni… mudah mudahan menang. Ok niat aku ni kalau aku menang la kan … aku nak bagi bapak mertua aku pakai.. sebab bapak mertua aku pakai SLR hehehe…. so nak cuci pakai duit gak kan… so kalau aku menang la kan.. aku nak bagi camera ni kat bapak mertua aku….. ni betul betul ni tadak tipu nyer… heheheheh
kita cuba dengan entry ni… aku nak post bebanyak entry takleh … tak geti… cuba stu dulu…. jumpa jalan nak hantar banyak nanti aku postkan lagi gambar….. ni gambar aku amik , tajuk dia Just Married… ehehehhe

Hari ni giliran Che e ….. kita jumpa di Malaysia nanti bro….
Harini pun hari sedey gak ni….. che e selaku timbalan pengerusi dan jawatankuasa kampung Ivy Exchange akan balik for good harini. Nasib baik aku sempat balik lepas semayang jumaat. Tapi tak dpt nak hantar che e ke airport sebab aku ada hal perlu diselesaikan…. apapun che e… aku nak wish ko semoga selamat dalam perjalanan pulang dan selamat menempuh hari hari akhir sebagai jejaka yang bergelar bujang. Nanti kenduri kawin ko insyallah aku akan sampai ke Ipoh….. boleh reunion kengkawan kat sana nanti….


Pastu aku sempat shopping souvenir sket harini ngan beli buku sebab kat sini buku memang murah murah. Especially buku architecture la. Kalau kat mesia rata rata buku diorang jual 80 ke 200 gitu… sini dalam 10-30 euro tu leh dpt buku yang best dah….. tepuk dada tanya selera… ehehhehe…..
No commentsFarewell dinner rumah Md Shuk, Sue n Dot.
Burpp alhamdulillah… sedap sedap makanan malam ni. Kitorang memang dah tak masak sangat skang sebab kebanyakan barang dah masuk dalam kotak. Tadi , seperti yang dirancang, kitorang semua akan pi umah sue utk dinner farewell la kiranya. Thanks kat korang, rajin betul prepare dinner utk kitorang. Semuga dimurahkan dan di cukupkan rezeki korang di Dublin dan dimana aja korang berada. Amin…… pasni tah bila lagi nak jumpa…. takpe korang sure satu hari nanti akan balik gak ke malaysia… nanti leh jumpa yer… so enjoy the pics!!
15 comments



























































































